geng conaa

tweet tweet

Nuffnang

Thursday, November 29, 2012

La Hawla Wa La Quwwata illa Billah



لا حول ولاقوة إلا بالله
“La Hawla Wa La Quwwata illa Billah”

"Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (pertolongan) Allah S.W.T"
(There is no power and strength except with Allah S.W.T)


Rasulullah SAW bersabda “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwatailla billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit"

Wednesday, November 28, 2012

ASTAGHFIRULLAH



:::ASTAGHFIRULLAH:::

the meaning of it is 
''I ask ALLAH forgiveness...''

ALLAH says, 
''I will forgive you as long as you ask for My forgiveness...''


Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa melazimkan beristighfar (yakni, menyebutkan ‘astaghfrullah’ (lebih baik sepenuhnya, iaitu: ‘astaghfirullahl-‘azim, allazi lailaha-illalah hual-haiyul-qaiyim, wa-atubu ilaihi’), akan menjadikan Allah SWT baginya (kesenagan) dari setiap kesusahan, maka diberikan dari setiap kesempitan jalan-jalan keluar dan memberi rezki padanya (oleh Allah SWT) dari jalan (sumber) yang tidak disangka-sangka.’ 

-[Hadith Abu Daud, Kitab Adab]

SAHABAT | Antara kau dan aku terselit kenangan |




SAHABAT,

Segalanya akan berlalu,
Silih berganti meninggalkan mu,
Yang dicinta, yang dikasih, yang dirindu,
Malah sekalipun masih dalam genggaman mu,
Ia kan tetap berlalu, walau tanpa rela mu...


Namun, jangan bersedih sahabatku,
Masih tertinggal sesuatu untukmu,
Kenangan yang indah terukir antara kau dan aku,
Kerana hidup tak selalunya indah,
tetapi yang indah selalu hidup dalam kenangan....


:')


-LaynaMarconaa.


Please like this page...

:::..JAGA IKHTILAT KITA..:::


:::..JAGA IKHTILAT KITA..::: 

Please like this page...
facebook.com/SeindahCintaIslam.blogspot

KENAPA PERLU BOIKOT? :::IKTIBAR DARIPADA KISAH BURUNG KECIL:::



KENAPA PERLU BOIKOT?

:::IKTIBAR DARIPADA KISAH BURUNG KECIL:::

Kita di MALAYSIA amat beruntung kerana masih mempunyai pilihan samada untuk Belajar atau Tidak, Bekerja atau Menganggur, Kaya atau Miskin, Makan atau Berlapar, Ambil Tahu atau Tak Ambil Peduli… Anda Yang Tentukan Sendiri.., TETAPI rakyat Gaza langsung tidak diberi peluang untuk memilih samada untuk HIDUP / BAHAGIA atau MATI / MENDERITA…

Kempen Boycott

Sesiapa yang hendak makan burger di McD, bayangkan dahulu wajah2 syahid kanak2 di GAZA!!
Marilah kita sertai Kempen Boycott Israel Company, Yahudi Zionis Laknatullahalaih Di Seluruh Dunia Sementara...

Ambil iktibar daripada kisah burung kecil yang berusaha gigih memunggah air dengan paruhnya untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Walaupun dikatakan usahanya itu sia-sia, si burung tekad dengan usahanya kerana katanya dia lebih takut jika ditanya Allah tentang sumbangannya kepada Islam di akhirat nanti."

Kisah perihal seekor burung kecil yang berulang-alik terbang membawa air dimuncungnya untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim.

Tatkala Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh kaumnya, lalu datang burung kecil menggunakan paruhnya untuk mengambil air lalu dilemparkannya pada api yang marak menyala. 
Terdapat pula cicak datang kepada api lalu meniup-niupkannya agar menjadi lebih marak.

Ditanya kepada burung, “Mengapa engkau berbuat begitu? Tiada gunanya kerana air sekecil itu tidak akan mampu memadam api.”
Lalu si burung menjawab, 

“Aku tak mahu disoal di akhirat kelak kerana berdiam diri dan tidak menghulur bantuan.”

Si cicak pula dilaknat kerana usaha bantu memarakkan api walau tiada guna tiupannya itu..

Setidak-tidaknya jika ditanya di hadapan Allah SWT di akhirat kelak, ia dapat menjawab yang ia telah berusaha semampu yang mungkin pada kudratnya untuk melawan kebatilan...

SUBHANALLAH...

 “Ya Allah, Ya Rahman, Ya Karim, Ya Mukmin, Ya Jabar, Ya Amin! Selamatkan saudara-saudara Islam kami di Gaza daripada Zionis Yahudi.. Ya Allah! Berilah pertolongan kepada Umat Islam di Gaza dan Palestin. Teguhkan iman saudara-saudara Islam kami, kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan Masjidil Aqsa di sana. Dikau hancurkan Pakatan musuh, Rejim Zionis laknatullah dan sekutu2 mereka…” 

Aamiin ya rabbala’lamin..