geng conaa

tweet tweet

Nuffnang

Friday, June 22, 2012

SUAMI ♥ ISTERI


::: SUAMI ISTERI :::

SUAMI
Bukan untuk dibebani
tapi untuk disenangi.

ISTERI 
Bukan untuk dibeli
tapi untuk dikasihi.

SUAMI
Soleh adalah suami yang
dapat membimbing isterinya
ke jalan yang di redhai
Allah dan RasulNya.

ISTERI
Solehah adalah isteri yang
taat kepada suaminya dan
melaksanakan perintah
Allah dan RasulNya.

"Persamaan membina keserasian
Perbezaan itu melengkapkan..."


:)



Gambar: pages seindahcintaislamblogspotcom


Selamat pengantin baru : Abdul Samad & Hayati Yasmin
03/06/2012

KEBESARAN ALLAH |SUBHANALLAH|



KEBESARAN ALLAH

"Sesungguhnya Allah menumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Dia mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup (Yang memiliki sifat-sifat) demikian ialah Allah, maka mengapa kamu masih berpaling?" (QS. Al An'aam, 6: 95)

________________________________________________________________

Petikan ayat daripada surah Al-Mulk, Allah SWT berfirman di penghujung ayat:

Katakanlah (Muhammad): "Terangkanlah kepadaku jika sumber air kamu menjadi kering; maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?" 

________________________________________________________________

Dalam surah An-Anbiya pula, Allah berfirman,

Dan dialah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing beredar pada garis orbitnya.

________________________________________________________________

Lokasi: Universiti Utara Malaysia
Tarikh: 6 Desember 2011 
Masa: 7:48 a.m

Perempuan itu...


"Perempuan yang banyak cakap dan banyak gelak adalah perempuan yang pendiam bila ada masalah. Dan banyak menangis dalam diam..."

-Ustaz Azhar Idrus.

La Tahzan


La Tahzan

Jodohmu pasti akan datang menjemputmu...

___________________________________________

"Encik Jodoh
, apa awak tengah buat skarang? I hope you're doing fine. Kalau skarang ni awak sdg kecewa dlm cinta, jangan risau. Saya ada :)...."

DIA BUKAN JODOHKU


DIA BUKAN JODOHKU

Ya Allah,
andai cinta itu milik kami,
biar apa jua dugaannya,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk mengharunginya.

Ya Allah,
andai cinta itu bukan lagi milik kami,
biar seberapa kali kami cuba pertahankan,
kami mohon agar diberi kekuatan dariMu,
untuk menerima segala takdirMu yang indah ini...
____________________________________________

Andai suatu detik,
apabila Allah menjauhkan dan memisahkan kamu,
dari insan yang kamu terlalu cintai,
maka ucapkanlah,
"Allah Maha Mengetahui, DIA BUKAN JODOHKU"
terimalah dengan hati yang tenang dan terbuka,
redhalah dengan ketentuan takdir dariNya,
kerana milik Allah jualah segala cinta yang ada di dunia...
____________________________________________

"Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT..."

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM |Doa ringan sakaratul maut|


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

aku mohon padaMu
ya Rabbi
moga di setiap langkahku
di atas bumiMu yang indah ini
diiringi rahmat dan redhaMu
yang berpanjangan
kerna aku takut
andai disini
sedetik aku terleka
maka disana
selamanya aku merana...

___________________________________________

"Allahumma hawwin 'alaina fi sakaratil-maut...
Wan-najati minannar...
Wal-afwa 'indal-hisab..."

"Ya Allah, Ringankan atas kami saat sakaratul maut,
Selamatkan kami dari api neraka,
Maafkanlah kami di saat hisab/perhitungan..."

SAYANGI IBU BAPA


SAYANGI IBU BAPA

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata, 
“Seorang lelaki pernah mendatangi Rasulullah, 
lalu dia berkata, ‘Wahai Rasulullah, 
siapakah orang yang paling berhak aku perlakukan dengan baik?’ 
Rasulullah menjawab, 
‘Ibumu.’ Lelaki itu bertanya, 
‘Kemudian siapa lagi?’ 
Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ 
Lelaki itu bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ 
Rasulullah menjawab, ‘Ibumu.’ 
Lelaki itu bertanya (lagi), 
‘Kemudian siapa lagi?’ 
Lelaki itu menjawab, ‘Bapamu.’
(HR. Bukhari dan Muslim)
Riwayat al-Hakim

Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: 
“Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, 
dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

IMAN


IMAN

Ya Allah,
aku yang hina
memohon dengan sangat
jadikan aku
hamba yang tergolong
dalam golongan 
yang mendapat rahmatMu
dan redhaMu
di dunia dan akhirat
jadikan aku
hamba yang matinya
adalah mati dalam IMAN...
amin....

______________________________________________

"Allahumma ahyina bil-iman
Wa amitna bil-iman
Wa adkhilnal-jannata ma'al iman"

"Ya Allah, Hidupkan kami dengan iman,
Matikan kami dalam iman,
Masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman..."
______________________________________________

PADA-MU KU BERSERAH


PADA-MU KU BERSERAH

Jika kau merasa kecewa,
pandangkah ke sungai..
airnya tetap mengalir,
biarpun beribu batu menghalang..

Jika kau merasa sedih,
dongakkan kepalamu ke atas dan pandanglah langit..
kau akan sedar,
bahawa Allah S.W.T sentiasa bersamamu tidak kira dimana dan bila masanya..

Jangan hanya teringatkan Allah apabila sedih dan kecewa.. 
Didiklah diri kita untuk sentiasa mengingati Allah.. 
masa susah atau senang, suka atau duka, gembira atau sedih.. 
kecewa atau senang hati..

Utamakan Allah S.W.T kerana Dialah yang mencipta kita dan 
hanya Dialah yang benar-benar mengenali diri kita dan memahami diri kita...

_______________________________________________________________

Wahai hati bagaimana keadaanmu saat ini. 
Sudahkah memaafkan dia yang menyakitimu, 
mendzalimi dan menggoreskan luka didalamnya. 
Sudahkah mendoakan kebaikan untuk dia yang membuatmu menangis.
Sungguh tak ada kebaikan pada hati yang mendendam. 
Hati bukan tempat untuk nafsu dan syaitan bersemayam, 
yang akan membuat diri terhijab dariNYA...

:)

DIALOG AKU DAN DIRI


DIALOG AKU DAN DIRI

AKU: Wahai diri…..adakah amalan2mu hari ini lebih baik dari amalan2mu yang semalam….?

DIRI: Biarlah hanya aku dan Allah sahaja yang tahu. 
Hendaknya janganlah amalan hari ini lebih buruk dari amalan semalam…..
tak sanggup aku menghadapinya….

AKU: Ya Allah….jadikanlah amalan2 diriku esok lebih baik dari amalan2 diriku hari ini.

DIRI: Engkau jadikanlah muhasabah dan doa itu 
Laksana asam dengan garam, 
Laksana aur dgn tebing, 
Laksana isi dgn kuku,
Laksana irama dgn lagu, 
Laksana Allah dgn Muhammad…. 
Moga2 engkau dan aku termasuk golongan hamba2Nya yg sentiasa…. 
Ingat tak lupa, 
Sedar tak alpa, 
Untung tak rugi,
InsyaAllah...
_______________________________________________________________

Sesungguhnya diri ini berasa takut 
jika hidup ini hanya dipenuhi dengan sia-sia,
Diriku takut jika mati nanti dalam penyesalan,
kerana akal fikiran asyik mengatakan bahawa mati itu 
lama lagi dan hanya memikirkan diriku masih muda dan sihat,
sedangkan ALLAH boleh mengambil nyawaku bila-bila masa sahaja...

Mengapa diriku mencintai dunia lebih dari akhirat?
Mengapa diriku mencintai manusia lebih dari ALLAH...
Mengapa diriku asyik memikirkan pengorbanan kekasih hati dan kawan-kawan, 
tetapi tidak berfikir langsung tetang penderitaan Rasulullah (SAW),
yang berkorban demi umatnya hingga ke akhir hayat...

YA, ALLAH, sesungguhnya aku telah MENZALIMI diriku sendiri.. 
ampunkanlah hamba MU ini...

:'(

DUHAI HAWA


HAWA

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, 
Ingatlah hawa janji Tuhan kita, 
Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik...

Jangan dimulakan sebuah pertemuan 
dengan lelaki yang bukan muhrim,
kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, 
maka lahirnya senyuman,
maka tercetusnya salam,
dan sekaligus disusuli dengan pertemuan, 
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

Jodoh itu ibarat kematian
yang akan datang kepada semua orang
dan semua orang tidak dapat mengelak daripada jodoh
seperti mana mereka tidak dapat mengelak daripada maut...

:)
_______________________________________________
-admin, AsrarQalbi, annaseoranghamba
seindahcintaislam :)

BILA NAK KAHWIN?


BILA NAK KAHWIN?

~Jawapan terbaik apabila disoal tentang perkahwinan~

: "Kenapa lambat?"

: "Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku..."

: "Dah berpunya?"

: "Ya, kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing-masing..."

: Siapa?

: "Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku..."

: "Bila?"

: "Bila kami dah bersedia untuk dipertemukan,
InsyaAllah jemput datang ke walimatul urusku nanti..."

______________________________________________

Janganlah selalu bertanya bila seseorang itu hendak berkahwin...
Kerana semua rahsia itu terletak di tangan Allah... 
Sampai masa Allah akan membongkarkannya jua...

:)

JIKA BOLEH MEMILIH


JIKA BOLEH MEMILIH

"... Letakkanlah cinta Allah kukuh dihati. Genggamlah cinta manusia hanya ditangan, kerana kelak andai terlepas, sakitnya tidak terasa dihati ..."


"Akan tiba saatnya di mana kita harus BERHENTI MENCINTAI SESEORANG,
bukan kerana kita PUTUS ASA untuk mencintainya,
tetapi kerana kita MENYEDARI bahawa ada insan lain yang lebih mencintainya,
dan kita merasakan bahawa insan yang kita cintai itu akan LEBIH BAHAGIA apabila kita MELEPASKANNYA..."

___________________________________________________

Jika ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu impikan..
Semoga Dia menghadirkan seseseorang yang mengimpikanmu..

Bila ALLAH tidak memberimu seseorang yang kamu rindukan..
Semoga Dia menghadirkan seseorang yang merindukanmu...

___________________________________________________

"CINTA itu adalah TANGGUNGJAWAB,
ianya perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin,
CINTA itu adalah FITRAH,
setiap manusia memiliki fitrah untuk mencintai dan dicintai,
tapi CINTA itu hendaklah dibina atas dasar KEIMANAN..."

___________________________________________________

"Mencintai tidak semestinya memiliki,
Jika hanya ingin memiliki, itu BUKAN CINTA namanya..."

___________________________________________________

“Ubat rindu ialah Sunat Hajat,
Ubat cinta ialah sunat Tahajjud,
Ubat dosa ialah Sunat Taubat,
Ubat penyakit ialah Selawat”.

bersama kita suburkan cinta dibumi Allah,
-seindahcintaislam...:)

UKHWAH FILLAH


UKHWAH FILLAH

Aku menyapamu kerana engkau SAHABATKU...
Aku menegurmu kerana engkau TEMANKU...
Aku memarahimu kerana engkau KAWANKU....
Aku tak ingin engkau leka dengan duniawi...
Maaf TEMAN, andai engkau tersentuh...
tetapi ingatlah...
Ini semua untuk kesedaran kita bersama....
Dalam kembara mengejar bekalan ukhrawi...

Assalamualaikum Sahabat semua,
mari kita saling nasihat menasihati antara satu sama lain dengan kasih sayang....
Mawaddah Warahmah..
(^___^)


JANGAN BERSEDIH SAHABAT (LA TAHZAN)


JANGAN BERSEDIH SAHABAT (LA TAHZAN)

Firman Allah SWT maksudnya : “Janganlah kamu bersedih (La Tahzan) sesungguhnya Allah selalu bersama kita”. (Surah At- Taubah ayat 40). 

Huraiannya : 

Semua manusia akan menghadapai pelbagai ujian dan dugaan.Namun semua ini bukan penghalang untuk kalian kelihatan senyum dan ceria. Sebaliknya, dengan senyuman dan kecerian kita akan mampu untuk menghadapi ujian hidup.Biasalah jika susah hati
atau ditimpa masalah dan musibah ada yang menanggis.Dalam situasi kalian tidak akan dapat berfikir dengan rasional dalam situasi yang tidak tenang.

Paling penting, kalian perlu menyediakan diri kalian untuk menghadapi dan menyelesaikannya, juga tidak akan selesai jika kalian melarikan diri. Masalah akan selesai jika kalian berusaha dengan tenang. Memang susah! memang payah! Ada ketikanya perit dan mengeciwakan malah melukakan.Tapi bila kalian menerima setiap yg berlaku didalam hidup kalian ini sebagai ujian, kalian redha dengan ketentuan takdir daripada Allah SWT kalian akan tetap boleh kekal senyum menerima dengan redha.

Bersedih hanya melemahkan semangat yang berkobar-kobar, melumpuhkan dan boleh membekukan jiwa. Kesedihan itu ibarat penyakit demam yang membuat tubuh menjadi lemas tidak berdaya. 

Mengapa demikian ?

Tidak lain kerana kesedihan hanya... memiliki daya yang menghentikan dan bukan menggerakkan. Itu ertinya sama sekali tidak bermanfaat bagi hati. Bahkan kesedihan itu merupakan satu hal yang paling disenangi syaitan. 

Maka dari itu, syaitan selalu berupaya agar seorang hamba bersedih untuk menghentikan setiap langkah kebaikan. Sebagaiman firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya pembicaraan rahasia itu adalah dari syaitan supaya orang-orang mukmin berdukacita.” (Surah al-Mujadilah ayat 10). 

Bersedih tidak diajarkan juga tidak bermanfaat. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW. selalu memohon perlindungan dari Allah SWT agar di jauhkan dari kesedihan. 

Baginda selalu berdoa seperti ini: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan dukacita.” Atas dasar itu, sebaiknya kalian berusaha untuk sentiasa gembira dan berlapang dada. 

Jangan lupa memohon kepada Allah SWT agar selalu diberikan kehidupan yang baik dan diredhai-Nya. Kejernihan hati dan kelapangan fikiran itulah kenikmatan-kenikmatan di dunia. 

Betapapun sebagian ulama adamengatakan bahawa : "Dunia ini terdapat syurga, dan barangsiapa tidak pernah memasuki syurga dunia itu, maka ia tidak akan masuk syurga akhirat."

Teruskan bermohon dan berdoa kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang agar Dia melapangkan hati kita dengan cahaya iman, menunjukkan hati kepada jalan-Nya yang lurus, dan menyelamatkan kita kehidupan yang susah dan menyesakkan dan dipilih memasuku syurga-Nya seluas langit dan bumi. Aminn... 

'' Ya (الله).... Give us a Chance To See Kaaba "
'' Ya (الله).... Give us a Chance To See Madina "
'' Ya (الله).... Forgive Our Parents "
'' Ya (الله).... Make Us Good Muslims "
'' Ya (الله).... Help The Poor "
'' Ya (الله).... Help Us in Education "
'' Ya (الله).... Give Health to ill People "
'' Ya (الله).... Help Those Who Want To Marry "
'' Ya (الله).... Give Us A Hidayah "


"Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”

(Surah al-Mu’min, 40: 60)


MENANGISLAH KERANA ALLAH


MENANGISLAH KERANA ALLAH

Ingatlah setiap kali kita berdoa dan menangis mohon keampunan daripada Allah,
segala dosa kita akan terhapus dengan izin.Sesungguhnya Allah maha Penyayang.
Selama ni kita menangis kerana takut kena tinggal kekasih,menangis kerana kecewa,
menangis kerana gagal dlm peperiksaan atau percintaan.Semuanya tak guna! 
Menangislah kerana takut dengan Allah..Menangislah kerana kehebatan Allah..
Menangislah mohon ampun dengan Allah..
Allah sayang pada hambanya yang sentiasa menangis kerana takut 
akan kekuasaaNya dan menangis memohon ampun daripadaNya..

Air Mata di cipta bukan untuk di keluarkan untuk sesuatu yang tidak bermanfaat!.
TAPI, untuk MENGINSAFI KELEMAHAN diri.

Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah Allah. 
Kiranya kau memerlukan teman sejati, maka dampingilah alQuran, 
andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, 
maka tawakkal kepada Allah dengan penuh kesabaran.
_______________________________________________
-admin, Annaseoranghamba
seindahcintaislam :)

CINTA SAMPAI SYURGA


CINTA SAMPAI SYURGA

Husband : Can I marry again??

Wife : With whom? :'(

Husband : With you..

Wife : ??????? ==''

Husband : in the ALLAH'S HEAVEN.
♥♥♥

_________________________________________

-Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)

-Antara nas Hadis Baginda yang lain yang sangat memberikan galakan kepada golongan remaja yang mampu supaya berkahwin demi menjaga agama dan kehormatan diri ialah sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa sahaja diantara kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana dengan berkahwin dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri"

(riwayat Bukhari dan Muslim)

-jom kawen, kapel xbest :)
_______________________________________________
-admin, Annaseoranghamba
seindahcintaislam :)