geng conaa

tweet tweet

Nuffnang

Wednesday, August 1, 2012

Berkasih sayang itu perlu ikhlas





"Berkasih sayang itu perlu ikhlas,
dan kasih sayang tak semestinya perlukan balasan,
cukup sekadar diri kita tahu yang kita DISAYANGI dan MENYAYANGI,
terimalah perasaan itu dan hargainya selagi ALLAH izinkan..."

#Lillahitaala... 
Demi Allah jika kamu tinggalkan sesuatu hanya kerana DIA, maka DIA akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih indah... 
Demi Allah jika kamu tinggalkan cinta yang kamu rasakan ia hanya sia2, maka Allah akan memenuhi hatimu dengan keindahan cintaNYA...

Bersederhanalah dalam CINTA, dan Besederhanalah dalam BENCI


"Bersederhanalah dalam CINTA, 
dan Besederhanalah dalam BENCI..."

Sesungguhnya suatu kaum yang telah berlebihan dalam mencinta, meyebabkan mereka menjadi hancur kerananya.
Dan suatu kaum yang lain telah berlebihan dalam membenci,
juga menyebabkan mereka menjadi binasa kerananya. 


TENTANG CINTA SESEORANG



::: TENTANG CINTA SESEORANG :::

Jauh ku berlari 
Mencari erti cinta
Yang ku temu
Hanyalah jauh dari-MU
Cukuplah...cukuplah...
Cukuplah kealpaan semalam
Takkan ku ulangi dosa-dosa silam
Hanya bersama MU cinta sejati bersulam
Akan ku damba MU siang dan malam
semampuku....
Moga pencarianku kali ini
menuju cahaya cinta MU
yang hakiki...

#Lillahitaala... 
demi Allah jika kamu tinggalkan sesuatu hanya kerana DIA, maka DIA akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih indah... 
demi Allah jika kamu tinggalkan cinta yang kamu rasakan ia hanya sia2, maka Allah akan memenuhi hatimu dengan keindahan cintaNYA...

...maafkan segalanya... 

Mengingati Allah hati akan menjadi tenang




"Ala bizikrillahi tatma'innal qulub"


"No doubt our relaxation of heart is in Allah's zikr."


"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."

SEGALANYA MILIK ALLAH



♥::: SEGALANYA MILIK ALLAH :::♥

Seseorang yang ada dalam hidup kita hanya milik Allah.
kita cuma pinjam. 
Tapi hakikatnya segalanya Allah yang punya.
Jadi bila semua ini Allah yang punya, maka DIA berhak keatas segala sesuatu.
DIA berhak beri cinta & kasih sayang. 
DIA juga berhak tarik balik semua itu.
Selalu juga ingat bahawa apa yang kita rasa terbaik itu belum pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita. 
Dan apa yg dirasa aib & menyakitkan itu tidak semestinya pahit di hujungnya. 
Selalu ingat bahawa apa yg Allah buat untuk kita, adalah
yg terbaik untuk kita. 
Dari situ kita akan mula belajar erti redha.... "

Kita sememangnya tidak mampu mengawal arah tiupan angin, 
tetapi kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita... InsyaAllah :) 

"Sayangi mereka yang menyayangimu, tapi jangan sakiti mereka yang sakitimu..." 

CEMBURU KERANA KESOLEHANNYA



Ya Allah, biarlah cemburu ini cemburu kerana 'dia' lebih solehah dariku, bukan kerana rupanya yang indah di mata hambaMu....
_____________________________________________

Kecantikan seseorang perempuan bukan hanya pada wajahnya tetapi juga akhlaknya.
Begitu juga lelaki.
Tak guna ada wajah yg kacak dan cantik tetapi malas solat dan malas puasa. 
Alangkah indahnya jika anda mempunyai wajah yg cantik dan akhlak yg mulia.
Pasti semua makhluk akan menghormati anda.

Jalan Ke Syurga


"Biar 'buta mata' tak nampak dunia, jangan 'buta hati' tak nampak jalan ke Syurga..." 

Saat Cinta Tergadai



"Apabila kita redha dan ikhlas atas sesuatu yang mengecewakan hati kita..
Maka percayalah... 
ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka-jangka..." 

INDAHNYA MENCINTAI-MU YA ALLAH



♥::: INDAHNYA MENCINTAI-MU YA ALLAH :::♥

Suburkan cinta kita pada Pencipta Cinta, Allah ya Rabb.

-Berzikirlah,pujilah nama-nama Allah Taala,
-Berselawatlah memuji nabi Muhammad,Ya Rasulullah s.a.w.
-Sentiasalah memperbaharui syahadah kita kepada Rabb
-Jadikanlah Al-Quran sebagai SURAT CINTA kita 
-Jadikanlah AL-QURAN &SUNNAH sebagai panduan hidup di dunia dan akhirat
-Perbanyakkan menangis keranaNya,kurangkan gelak ketawa ke arah yang melalaikan...