geng conaa

tweet tweet

Nuffnang

Friday, September 30, 2011

Sembunyikan Kesedihanmu


Tetap TERTAWA walau sebenarnya ia ingin MENANGIS
Tetap TERSENYUM walau sebenarnya ia KECEWA
Tetap KUAT walau sebenarnya ia sudah TAK SANGGUP lagi
Tetap SEMANGAT walau TERTEKAN oleh masalah
dan yang terpenting tetap SABAR dan memandang segalanya baik-baik saja
walau sebenar nya ia sudah TERLUKA

~Kesedihan yang disembunyikan demi insan yang disayangi
akan terbalas dengan limpahan kasih sayang yang tak pernah diangani~


:)
~Layna~

Sembunyikan Marahmu


Firman ALLAH SWT: 

“ Hanya disempurnakan kepada orang-orang sabar pahala mereka dengan tiada terhitung.”

(Surah Az Zumar Ayat 10)

Ulasan Ayat :

1)Ayat menunjukkan terlampau banyak balasan yang akan diterima oleh mereka yang sabar hingga tiada dapat dihitung bilangannya.

2)Gandaan lipat ganda pahala itu adalah menurut hakikat atau jiwa orang yang mengerjakan suatu kebaikan atau meninggalkan kejahatan dengan penuh kesabaran.

3)Sabar lawannya tidak sabar. Sifat sabar tiada penghujungnya, jesturu itulah ganjarannya tiada terhitung, kerana itulah sifat sabar sangat sukar untuk dimiliki oleh kita.

4)Orang yang paling baik akhlaknya ialah mereka yang memiliki sifat sabar serta dapat menahan sabar daripada marah.

5)Kita hendaklah berusaha untuk bersifat dengan sifat sabar. Sabar terhadap apa jua urusan ketika diuji dengan bala mahupun nikmat, dan ujian dalam memperjuangkan kesabaran ini selalunya melibatkan orang lain.

6)Manusia sering diuji kesabarannya dengan kerenah manusia, lebih-lebih lagi terhadap orang yang dekat dengan kita. Oleh itu, kita hendaklah memperkuatkan kesabaran dengan sikap perasangka baik serta berlapang dada agar tertutup pintu kemarahan (tidak sabar) terhadap seseorang yang menguji kesabaran kita.

7)Keindahan dan kenikmatan sabar hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang dapat melakukan ketaatan walaupun berat serta mereka yang dapat menahan diri daripada perbuatan keji dan munkar.WALLAHU’ALA.

~Layna~

Sunday, September 25, 2011

Kerana cinta sememangnya begitu


duhai kasih...

kenapa Allah memilih aku untuk mencintai kamu?
kenapa Allah mencampakkan rasa cinta yang luar biasa dalam hatiku untuk kamu?
kenapa Allah tetap meyakinkan hati aku untuk terus menunggu kamu?
kenapa Allah memberi aku kesabaran untuk aku menerima setiap kesalahan yang telah kau lakukan?
kenapa Allah tidak membiarkan aku terus berlalu dan mendapatkan cinta lain?


Semua terjawab dengan hanya 1 jawapan...
"Kerana Allah Pemilik segala Cinta  di dunia dan Dia adalah Pengatur jalan hidup kita..."


duhai kasih...

aku disini akan tetap bertahan,
selagi Allah mengizinkan aku untuk terus mencintai kamu,
walau hati seringkali sakit dan terluka,
aku akan tetap menghargai setiap apa yang berlaku,
kerana cinta sememangnya begitu...

tapi nanti suatu detik,
bila hati ini telah dimiliki cinta lain,
bila jalan kita tidak lagi sehaluan dan seiring,
dan apabila Allah tidak lagi mengizinkan aku untuk mencintai kamu,

hanya ini yang mampu ku ucapkan...

duhai kasih ku, 
yang dulu pernah bertakhta dihati yang tulus ini...

"Ketika cinta itu masih ada,
maka hargailah ia,
kerana jika cinta itu telah pergi,
ia sama sekali tidak akan pernah berpaling lagi..."




Copyright © 2011
~Layna~


12:53am 
12/8/2011
12 Ramadhan 1432

Saturday, September 24, 2011

Cinta ke Syurga


Cinta dilahirkan di TEMPAT yang BAIK 
iaitu SYURGA,

Dianugerahkan oleh yang Maha BAIK 
iaitu ALLAH, 

Dinikmati kali PERTAMA oleh orang yang BAIK 
iaitu NABI ADAM A.S,

Dan DIWARISKAN untuk orang yang BAIK-BAIK 
iaitu PARA SOLIHIN,

Sekali lagi, cinta LAHIR di syurga dan akan BERAKHIR 
iaitu KEMBALI ke SYURGA....



Copyright © 2011
~Layna~

Rindu Milik DIA


"rindu yang kamu pendam itu adalah kurniaan Maha Esa...
kamu harus menerima ia sebagai satu ujian dari-Nya...
jgnlah bersedih pabila rindumu tiada berteman...
rindu itu pasti terubat dalam doa kudusmu pada DIA,
Pemilik segala Rindu di dunia..."

Copyright © 2011
~Layna~

Wednesday, September 7, 2011

Say Subhanallah


8 Syawal 1432
Senja di Kampung Kuala Muda
Kawasan yg pernah dilanda Tsunami suatu ketika dahulu.

Photographer by Layna Marconaa
Edit by Layna Marconaa


Copyright © 2011
~Layna~

Syawal 1432




Photographer by Layna Marconaa
Edit by Layna Marconaa
Taken at Kampung Alor Bemban, Kedah Darul Aman, Malaysia.

Copyright © 2011
~Layna~

Thursday, September 1, 2011