Firman ALLAH SWT:
“ Hanya disempurnakan kepada orang-orang sabar pahala mereka dengan tiada terhitung.”
(Surah Az Zumar Ayat 10)

Ulasan Ayat :
1)Ayat menunjukkan terlampau banyak balasan yang akan diterima oleh mereka yang sabar hingga tiada dapat dihitung bilangannya.
2)Gandaan lipat ganda pahala itu adalah menurut hakikat atau jiwa orang yang mengerjakan suatu kebaikan atau meninggalkan kejahatan dengan penuh kesabaran.
3)Sabar lawannya tidak sabar. Sifat sabar tiada penghujungnya, jesturu itulah ganjarannya tiada terhitung, kerana itulah sifat sabar sangat sukar untuk dimiliki oleh kita.
4)Orang yang paling baik akhlaknya ialah mereka yang memiliki sifat sabar serta dapat menahan sabar daripada marah.
5)Kita hendaklah berusaha untuk bersifat dengan sifat sabar. Sabar terhadap apa jua urusan ketika diuji dengan bala mahupun nikmat, dan ujian dalam memperjuangkan kesabaran ini selalunya melibatkan orang lain.
6)Manusia sering diuji kesabarannya dengan kerenah manusia, lebih-lebih lagi terhadap orang yang dekat dengan kita. Oleh itu, kita hendaklah memperkuatkan kesabaran dengan sikap perasangka baik serta berlapang dada agar tertutup pintu kemarahan (tidak sabar) terhadap seseorang yang menguji kesabaran kita.
7)Keindahan dan kenikmatan sabar hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang dapat melakukan ketaatan walaupun berat serta mereka yang dapat menahan diri daripada perbuatan keji dan munkar.WALLAHU’ALA.

~Layna~
No comments:
Post a Comment